Google

Tuesday, February 24, 2009

WANNA KNOW THE TEN MOST WIDELY SPOKEN LANGUAGES IN THE WORLD?

There are more than 6 billion people living on this mudball, and every one of them speaks some form of a language. We interviewed every single person on the planet individually, counted 'em up, and our results can be found below: the ten most widely spoken languages in the world.

Keep in mind that these are all estimates, since it's obviously impossible to be exact. Also keep in mind that we're not merely counting native speakers, but anyone who fluently knows and speaks the language (regardless of whether it's their first language or not). Makes things more interesting

And to whet your appetite, here are the languages that just barely missed the list (from the most popular to the least): German, Japanese, Urdu, Punjabi, Korean, Telugu, Tamil, Marathi, Cantonese, Wu, Vietnamese, Javanese, Italian, Turkish, Tagalog, and Thai.

See the list 10 most WIDELY SPOKEN LANGUAGES IN THE WORLD?

10. French
Number of speakers: 129 million
9. Malay-Indonesian
Number of speakers: 159 million
8. Portuguese
Number of speakers: 191 million
7. Bengali
Number of speakers: 211 million
6. Arabic
Number of speakers: 246 million
5. Russian
Number of speakers: 277 million
4. Spanish
Number of speakers: 392 million
3. Hindustani
Number of speakers: 497 million
2. English
Number of speakers: 508 million
1. Mandarin
Number of speakers: 1 billion+

Read More...

Sphere: Related Content
Bookmark and Share

Monday, November 3, 2008

Pejuang kemajuan Bahasa Melayu diusir ke England

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my






DATUK Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak.

Inggeris singkirkan Abdul Rahman Andak yang berjaya lahirkan ramai bijak pandai Melayu kerana bimbang pengaruhnya berkembang


JOHOR memang terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai golongan bijak pandai dan pejuang bangsa. Bahkan hasil titik peluh mereka diguna pakai masyarakat seluruh negara hingga ke hari ini.

Seorang daripada tokoh besar kelahiran Johor ialah Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak, seorang berpendidikan Inggeris dan dianggap sebagai antara pembesar negeri yang sangat pintar hinggakan wujud usaha menyingkirkannya dari bumi sendiri. Abdul Rahman Andak adalah anak kepada Haji Andak Jamak manakala adiknya pula Tan Sri Taib Andak.

Beliau adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England pada 1870 sebelum memulakan kerjayanya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Disebabkan mempunyai pendidikan Inggeris, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai Inggeris dan pedagang asing di Johor.





PAPAN tanda Jalan Abdul Rahman Andak di Johor Bahru.



Tugas utama yang dilakukan oleh Abdul Rahman ialah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak Inggeris. Tugas yang dilakukan sememangnya berat dan beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.

Disebabkan keadaan itu, Inggeris tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau menjalankan tugasnya dengan baik sehingga ada di kalangan pegawai Inggeris yang tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.

Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan Inggeris pada 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris.

Pada 1888, Abdul Rahman Andak bersama putera Abdullah Munsyi, Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi membuka lembaran baru memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu dengan mengasaskan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) di Johor Bahru.

Walaupun berpendidikan Inggeris, beliau mewujudkan kesedaran untuk memperjuangkan kemajuan bahasa Melayu secara berkumpulan melalui PBMPB.

Tujuannya untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu.

Usaha yang utama organisasi ini (PBMPB) ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti setiausaha, pejabat dan kerja raya.

Pendekatan yang diamalkan Abdul Rahman termasuk usaha melahirkan ramai bijak pandai Melayu melalui pendidikan menyebabkan wujud 'taktik kotor' untuk menyingkirkannya bagi mengelakkan pengaruhnya berkembang.

Inggeris mendapati selagi ada Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan beliau dan 'disemadikan' di England pada 1909.

Gabenor Anderson bertindak menyingkir Abdul Rahman dengan persetujuan Sultan Ibrahim dan mencadangkan Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor pada 1909 dan menguasai Johor mulai 1914.

Situasi itu menyebabkan Abdul Rahman membawa diri ke London dan meninggal dunia di sana, namun jasanya tetap dikenang sebagai seorang daripada tokoh yang membawa pembaharuan dalam pendidikan khususnya perjuangan bahasa Melayu.

Walaupun tidak membabitkan sebarang penentangan atau tumpah darah dalam memperjuangkan bangsa, Abdul Rahman tetap dikenang dalam usahanya mengasaskan PBMPB.

Antara 1935 hingga 1947, PBMPB menghasilkan 34 buku, 16 daripadanya mengenai bahasa yang meliputi perkamusan, tatabahasa, ejaan dan daftar kata, manakala 18 lagi mengenai sejarah, kebudayaan dan laporan.

Dalam bidang peristilahan pula, PBMPB memainkan fungsi besar mencipta beberapa istilah baru seperti pesuruhjaya, warta, jurucakap, jadual waktu dan timbalan.

Abdul Rahman dianggap sebagai pemimpin pertubuhan terkenal dalam memberi nafas kepada organisasi itu. Namun begitu pertubuhan itu tidak kekal dan pada 1904 usaha dibuat untuk menghidupkannya kembali.

Organisasi itu semakin tidak bermaya sehinggalah pada 1934, baginda Sultan Johor bersetuju memberi bantuan RM2,000. Nama Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja (PBMPB). Gelaran 'Diraja' dianugerah oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada 14 April 1935.

Sumbangan awal Abdul Rahman itu diakui banyak memberi kesan dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga membawa kepada penubuhan Balai Pustaka pada Jun 1956 sebelum ditukar nama kepada Dewan Bahawa Pustaka (DBP) pada September 1956.


BIODATA: Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak


# Lahir 1850

# Menetap di London dan berkahwin dengan Gustel Reis.

# Mendapat tiga anak lelaki iaitu Henry, Mansour dan Walter.

# Meninggal dunia pada 10 September 1930 di London dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Woking, London.



FAKTA: Matlamat PBMPB

# Memelihara, melengkap dan memodenkan Bahasa Melayu.

# Memelihara tulisan Jawi.

# Membaku ejaan dan perkataan.

# Ceramah dan penyelidikan.

# Menerbitkan Jurnal Peredar.

# Mengadakan perpustakaan.

# Mencipta perkataan baru.



- Berita Harian -

Read More...

Sphere: Related Content
Bookmark and Share

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya 2008

More AIDILFITRI graphics

Utk semu rakan2 blogger dan sekelian pembaca....moga 2008 ini lebih ceria

Read More...

Sphere: Related Content
Bookmark and Share

Wednesday, July 23, 2008

Bahasa Melayu Ke-Empat Terbesar dituturkan di dunia

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.


Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.

Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai di:

1. Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
2. Talang Tuwo, Palembang (684 M)
3. Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)
4. Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).

"Dasar yang memaksa budak-budak miskin belajar bahasa Inggeris sambil belajar matematik dan sains adalah ibarat memaksa budak-budak miskin itu belajar berenang sambil memanjat pokok kepala."

Cara dan pedagogi mengajarkan bahasa Inggeris adalah amat berlainan daripada cara dan pedagogi mengajarkan logik matematik.

Lihatlah berapa ramai saintis, pensyarah, penyelidik, jurutera kita yang dahulunya belajar di dalam aliran Melayu. Sedarkah mereka, perlaksanaan 100 peratus aliran Melayu di sekolah-sekolah Malaysia bermula seawal tahun 1970; dan setelah lebih 40 tahun beribu-ribu para saintis, jurutera, pensyarah dan sebagainya telah dilahirkan oleh universiti-universiti tempatan dan juga luar negara.

Mereka ini walaupun belajar di sekolah aliran Melayu tetapi mampu melanjutkan pengajian di universiti tempatan atau pun luar negara dan di dalam bidang sains dan teknologi yang sebahagian besarnya diajar dalam BI.

Mereka ini kini menjadi nadi penggerak institusi pengajian tinggi, industri pengeluaran malah institusi-institusi penyelidikan negara. Jadi, isu lemah BI ini sengaja di perbesar-besarkan untuk dijadikan justifikasi untuk melaksanakan polisi ini tanpa kajian yang teliti.

Kita rasa terharu apabila ada wakil rakyat dari parti komponen Barisan Nasional, iaitu Gerakan berani meluahkan pandangan dan meminta kerajaan mengkaji semula perlaksanaan pendidikan matapelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris (BI).

Beliau meminta agar pengajaran matematik dan sains diubah semula ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa cina, India dan Bahasa Melayu (BM). Jika diharapkan wakil-wakil UMNO, tidak mungkin mereka ini berani membangkitkan isu ini.

Perlaksanaannya dahulu sememangnya dibuat secara mendadak dan kelam kabut, ini tidak lain dan tidak bukan kerana atas arahan orang nombor satu, iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dari tinjauan rambang dan maklum balas dari guru-guru, mereka sebenarnya di dalam dilema. Arahan perlu diikut tetapi dalam masa yang sama kasihan melihatkan anak-anak bangsa yang ketinggalan. Alangkan belajar di dalam BM pun ramai anak-anak Melayu kurang memahami dan menguasai pelajaran matematik dan sains, inikan pula setelah dipaksa untuk belajar di dalam BI.

Matlamat kerajaan dalam melaksanakan polisi ini kurang jelas; sekiranya penguasaan BI yang mahu ditingkatkan, seharusnya Kerajaan mengkaji semula sistem pembelajaran BI dan silibus pelajaran BI itu sendiri.

Lihat sendiri sejarah islam baik perubatan,teknologi,pelayaran,pendidikan,angkasa lepas dan bermacam-macam lagi semuanya datang daripada para ilmuan islam yang telah lama di ketahui oleh seluruh dunia. Pada ketika itu seluruh dunia mencari ilmu tersebut hingga the tanah Arab untuk mendapatkan ilmu tersebut (rujuk zaman-kegemilangan-islam) maka dengan rasa tidak puas para yahudi dan penjajah ini mula menakluk negara-negara islam dengan tujuan untuk mendapatkan rujukan dan ilmuan tersebut dengan itu berlakulah perang salib yang mengambil masa beratus tahun. Mereka ini menawan kota-kota islam yang kaya dengan ilmuan dan kitab-kitab pendidikan. Mereka menterjemah dan mengubah segala asas dan teori ilmuan ini ke dalam bahasa mereka.

Kini kita pula dijajah dan menggunakan kitab-kitab yang di palsukan oleh mereka di tambah pula dengan mempelajari bahasa mereka secara paksa. Malaysia pada ketika ini ramai para cerdik pandai dan para saintis yang terkenal. Seharusnya kita menggunakan kelebihan yang ada untuk mendorong para cerdik pandai ini menggunakan kebolehan merek a untuk menerbitkan segala ilmuan yang ada kedalam BAHASA MALAYSIA agar ianya dapat dimanfaatkan keseluruh negara baik kepada rakyat yang kurang mampu atau sebaliknya. Disini peranan Dewan Bahasa dan Perpustakaan Negara diperlukan agar segala usaha dapat diperluaskan. Malaysia seharusnya mewujudkan budaya membaca dari kalangan kanak-kanak hingga orang dewasa. Kita kini ketandusan ilmu daripada para cerdik pandai yang kini hanya mementingkan BAHASA INGGERIS daripada BAHASA MELAYU.

Read More...

Sphere: Related Content
Bookmark and Share

Bahasa Melayu dirosakkan bangsa sendiri

Keluhan Prof. Ungku Aziz.
Orang Melayu sendiri tidak sayangkan bahasa mereka. Sekarang sudah wujud bahasa rojak? Jika kita lihat dalam televisyen sekarang apa bahasa yang digunakan? Campur Melayu, campur Inggeris, campur Cina. Adakah dengan berbuat demikian jati diri kita akan lebih baik kerana bercakap dengan bahasa itu?

Saya tak fikir begitu. Saya fikir orang Melayu harus ada gerakan (memperbetulkan masalah ini) mulai sekarang.

Ketika saya tamat kolej Inggeris dan sambung belajar di Jepun, apabila saya balik ke Malaysia, saya dapati bahasa rojak belum lagi tiba. Ia mula masuk pada sekitar 1950-an, 1960-an ia berkembang dan kini digunakan di mana-mana.

Bahasa ini digunakan orang Melayu kepada orang Melayu. Bahasa orang Melayu sudah hampir hilang, sudah dicemar. Ini merugikan orang Melayu. Satu pembaikan perlu dilakukan. Kita harus bangun dan lihat di mana kita sekarang dan ke mana kita akan pergi?

Bagi orang Melayu biasa yang belajar di universiti, berapa perkataan Melayu yang dikuasainya? Mungkin 7,000 hingga 8,000 perkataan. Perkataan Inggeris mungkin jumlah yang sama jika bernasib baik dan banyak membaca buku.

Jika kita lihat orang India. Seorang pensyarah saya ketika belajar dulu pernah buat kajian mengenai perkataan Tamil yang digunakan bangsa itu. Dia mendapati, dulu perkataan Tamil ada 10,000, tetapi sekarang, jika nasib baik mungkin 2,000 hingga 3,000 perkataan.

Kita tidak menyedari hal ini, tetapi bagi orang India, perkataan mereka semakin ‘pupus’ dan mengecil. Nasib orang Melayu juga akan jadi macam itu jika orang Melayu sendiri liat bertutur dalam cakap bahasa Melayu sepenuhnya.

Bahasa Melayu hari ini bukanlah bahasa yang tinggi struktur bahasanya, kita tidak perlu bercakap seperti ‘patik sembah’ dan sebagainya. Kita bercakap bahasa Melayu harian, tetapi bahasa itupun semakin mengecil dalam perkataan dan tata bahasa.

Kalau kita boleh campurkan semangat Melayu Baru dengan jati diri orang Melayu yang nak jadi orang Melayu dan orang Melayu nak cakap Melayu, kenapa kita tidak boleh jadi seperti itu?

Orang Melayu mesti juga belajar bahasa Melayu yang betul, belajar lima hingga tujuh tahun, dari sekolah rendah sampai masuk universiti, belajar bahasa Melayu setiap tahun.

Dulu kita jalankan Pusat Asasi Sains, kita boleh ajar pelajar subjek Sains dalam bahasa Melayu dan sekarang mereka boleh jadi doktor pun.

Sekarang ramai (doktor) adalah graduan Universiti Malaya (UM), dari Pusat Asasi Sains dan mereka belajar dalam bahasa Melayu juga mereka boleh jadi pandai.

Kemudian ditukarkan Sains dan Matematik (dalam bahasa Inggeris). Yang ruginya pelajar Melayu. Sudahlah perkataan dan terma saintifik dalam bahasa Inggeris sukar untuk difahami. Sekurang-kurangnya mereka dapat juga belajar dan gunakannya, tetapi sekarang mereka kata tak payah, belajar semua dalam bahasa Inggeris.

Saya rasa jika ingin mempelajari bahasa (istilah) sains, gunakan bahasa Inggeris adalah tepat untuk orang Melayu.

Orang Melayu mesti juga belajar bahasa Melayu yang betul, belajar lima hingga tujuh tahun, dari sekolah rendah sampai masuk universiti, belajar bahasa Melayu setiap tahun. Belajar sampai boleh guna (cakap atau tulis) seperti membaca artikel dalam akhbar Berita Harian.

Jika kita lihat kepada majalah murahan hari ini, tulisan bahasa Melayu mereka sangat teruk. Jadi ini semua (angkara) orang Melayu, bukan orang lain paksa dia atau bagi dia duit untuk merosakkan bahasa mereka sendiri.

Di sinilah kelemahan wujud dalam masyarakat dan perlu diperbetulkan, inilah masalah yang dihadapi orang Melayu ketika ini. Renungkanlah

Read More...

Sphere: Related Content
Bookmark and Share

Saturday, June 28, 2008

10 Sebab mengapa Score "A"

1. Bersifat Interaktif - menarik minat murid untuk mengulangkaji

2. Pemarkahan Segera - memudahkan murid mengenalpasti kesilapan tanpa perlu merujuk jawapan

3. Pengurusan Masa - murid perlu menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan

4. eReportCard - murid dan ibu bapa dapat memantau perkembangan pembelajaran di mana saja

5. Laporan SMS - memaklumkan perkembangan anak kepada ibu bapa melalui SMS "real time"

6. Rujukan Silang - jika murid tidak faham, klik e-Notes dan penerangan diberi

7. Rancangan Belajar - murid dapat menyelia perkembangan ujikaji dan jadual dari rekod terdahulu.

8. Bilangan Percubaan - murid boleh bua percubaan kedua dan ketiga untuk mengetahui jawapan betul

9. Kata - Kata Motivasi - membina semangat murid dengan kata - kata motivasi sebaik murid memilih jawapan betul

10. Kamus Elektronik - klik perkataan yang tidak faham, penerangan akan diberi

11. Tahap Kesukaran - ibarat "game", murid perlu mencapai 80 markah sebelum maju ke tahap lebih tinggi

12. Soalan Panas - terus dari Guru Cemerlang, tidak dapat dibeli di mana - mana kedai buku

13. Sukatan Terkini - kandungan dikemaskini setiap masa mengikut perkembangan terkini

14. Pertandingan Kebangsaan - murid di seluruh negara dapat bersaing dan mengetahui kedudukan mereka

15. Anugerah Tahunan - murid cemerlang dapat pengiktirafan. Setiap tahun, "Score A Scholar Night" meraikan murid cemerlang

16. Pembelajaran "Output" - peperiksaan adalah pembelajaran 'output'. Score A merupakan cara pemebelajaran 'output' yang terunggul

17. Bersifat Mudah Alih - dimana ada komputer, di situ anak belajar. Tidak perlu bawa buku bertimbun waktu melancong

18. Rebat Kewangan - anak boleh belajar dengan percuma. Anda hanya perlu memperkenalkan Score A kepada 4 keluarga

Read More...

Sphere: Related Content
Bookmark and Share

Antara kelebihan Score A Programme




Antara kelebihan Score A Programme berbanding dengan pesaing- pesaingnya ialah:

E-learning: Score A Pesaing 1 Pesaing 2
Bermula: 1999 2006 2006
Jumlah pengguna : 200 ribu 15 ribu kurang 500
Sistem : Internet dan SMS Internet sahaja Internet sahaja
E-report card: Ada Ada Tiada
Bank soalan: 150 ribu 35 ribu kurang 5 ribu
Kertas soalan sebenar: Ada ( 1993 - sekarang) Tiada Tiada
Pendaftaran: Online sepenuhnya Fax resit diperlukan Online sepenuhnya
Testimoni kejayaan: Ada (UPSR & PMR) Tiada Tiada
Peluang niaga: Ada Tiada Tiada


Surat daripada Pejabat Pendidikan Selangor

Read More...

Sphere: Related Content
Bookmark and Share